BENGKEL PENULISAN
ESEI & KRITIKAN
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
Semenjak adanya tamadun awal di dunia, manusia sudah mempunyai hubungan erat dengan kota. Melalui sebuah kota, sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sains, dan aktiviti seni dan budaya dibangunkan bagi mengurus dan menyatukan penduduknya. Kuala Lumpur kini adalah antara kota paling maju di Asia Tenggara dengan raut wajah yang menggabungkan budaya Timur dan Barat. Sesiapa sahaja boleh datang ke kota ini untuk tinggal atau melancong, namun sejauh manakah seseorang itu dapat melihat dan mengenali jiwa sebenar Kuala Lumpur? Sempena berlangsungnya Kuala Lumpur Literary Festival, pihak Punggok Agency ingin menganjurkan bengkel bertajuk “Dekonstruksi Kuala Lumpur.” Tujuan bengkel ini bukan untuk meruntuhkan imej Kuala Lumpur yang sedia, sebaliknya kami ingin mengajak peserta untuk mentafsir dan membina semula Kuala Lumpur melalui karya kreatif. Antara medium kreatif yang boleh diteroka dan digunakan oleh peserta
bengkel ialah seperti berikut:
​
• Puisi
• Cerpen
• Video
• Muzik
• Seni tampak
• Media sosial
• Fotografi
Peserta tidak semestinya membataskan diri pada satu jenis medium sahaja, malah mereka digalakkan untuk mengguna sebanyak mungkin medium yang dicadangkan (atau apa-apa sumber kreatif lain). Setiap peserta akan dibahagikan ke salah satu kawasan penting di Kuala Lumpur sebagai tugasan kerja sebelum dia masuk ke bengkel. Misalnya, kalau seorang peserta diberikan kawasan Jalan Petaling, maka dia harus melakukan dekonstruksi ke atas Jalan Petaling dengan menghasilkan sebuah karya kreatif. Bengkel ini dibahagikan kepada dua fasa: Pertama, pemilihan peserta dan pembahagian tugasan. Pada peringkat ini, para peserta akan berjumpa dengan tenaga pengajar untuk sesi suai kenal dan penerangan isi program. Fasa pertama dijalankan sebelum Kuala Lumpur Literary Festival supaya peserta dapat melakukan persediaan cukup sebelum masuk ke bengkel. Kedua, perlaksanaan bengkel. Peserta akan membawa tugasan yang sudah dilakukan dan membentangkan di hadapan tenaga pengajar. Kemudian peserta bersama pengajar akan berbincang, bertukar pendapat, dan menilai kerja dekonstruksi yang telah dilakukan ke atas Kuala Lumpur.
​
Disediakan oleh Wan Nor Azriq
​
​
​
Since the existence of the earliest civilisation in the world, humans have developed a close relationship with the city. Through cities, the governance, economic system, science and cultural activities have been developed to manage and unite its inhabitants. Kuala Lumpur now is one of the most advanced cities in Southeast Asia with the hybrid faces of East and West culture. Anyone can come to the city and stay or live, but how far does one can really look and understand the real spirit of Kuala Lumpur? In conjunction with Kuala Lumpur Literary Festival, Punggok Agency will conduct a workshop entitled “Dekonstruksi Kuala Lumpur”. The aim of the workshop not only to deconstruct the images of Kuala Lumpur that we have, but to invite the participants to redene and rebuild Kuala Lumpur through creative mediums. Some of the creative mediums that the participants can utilise and explore are as follows:
​
• Poems
• Short Stories
• Video
• Music
• Visual Arts
• Social Media
• Photography
​
The participants should not be constrained within one medium only. In fact they are encouraged to utilise as many mediums as per suggested (or any creative mediums). Each participant will be divided into several important locations in Kuala Lumpur as an assignment before the workshop. For example, if the participants are assigned to Jalan Petaling, they must deconstruct Jalan Petaling to produce creative pieces. This workshop will be divided into two phases: First, the selection of participants and distribution of assignments. At this stage, the participant will meet the facilitators who are going to introduce the program content. The rst phase will be conducted before the Kuala Lumpur Literary Festival in order for the participants to have adequate preparation before the workshop. Secondly, the implementation of workshop. The participants will share the tasks given before, together with the facilitators. Next, the participants together with the facilitators will discuss, exchange and evaluate the deconstructed pieces of Kuala Lumpur.
​
Prepared by Wan Nor Azriq
​
​